Cara dapatkan ID & Kata Laluan untuk pendaftaran/aktifkan I-Akaun Melalui Panggilan Ke KWSP
Hai sodara /sodari yang sedang mencarum atau bekas mencarum KWSP pada satu masa dahulu..boleh mendaftar I-Akaun untuk memudahkan semak akaun EPF atau buat
pengeluaran.Tidak perlu risau jika tidak pasti no ahli,yang penting ingat no KP/Passport yang diguna untuk mencarum .
Sekirannya Kiosk tutup atau jauh dari kediaman boleh cuba hubungi
pihak KWSP untuk dapatkan Id & kata laluan sementara yang akan dihantar ke
no HP.
Syaratnya:
Pernah atau sedang mencarum ke KWSP
Persediaan sebelum menghubungi.
Kad Pengenalan bersama (mana la tau tak ingat no KP).
No HP yang aktif ,pastikan ada ruang untuk terima SMS.
Baki kredit yang cukup untuk berbual (sebab bila pegawai
sedang sibuk perlu tunggu dalam 1-3 minit) dalam cas yang cukup.
Caranya senang jangan risau ..
1 Dail no 03-89 22 6000 (masa operasi Isnin-Jumaat
,jam 8.00 pagi-5 petang)
2.Pilih bahasa (1 untuk Bahasa Malaysia,2 untuk
Bahasa Inggeris)
3.Ada beberapa pilihan ,tekan 3 untuk berkaitan
I-Akaun(pendaftaran /pertanyaan baki)
4.Tunggu la sampai ada yang jawab kena panjang
sket sabar ya sodara,pastikan beri no KP & HP yang betul.
5 Seterusnya beritahu ingin daftar I-Akaun.
6.Tunggu SMS ,selepas terima SMS gunakan butiran tersebut untuk pendaftaran (perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS).Boleh klik link ini https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
Seterusnya anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
Kini,boleh log masuk dengan maklumat akaun baru anda bila-bila masa.
Semoga yang dikongsikan membantu..
Terima kasih baca sampai ke penghujungnya..semoga selalu dipermudahkan dan murah rezeki.
Take care
No comments:
Post a Comment